Monday 7 July 2014

Contoh Kertas Kerja


KERTAS KERJA LAWATAN 
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA 2012
TARIKH:
7 April 2012
TEMPAT:
Bangunan Utama, Kementerian Sumber Manusia, 
Putrajaya
ANJURAN:
JABATAN SUMBER MANUSIA, 
JABATAN PENDIDIKAN PERAK, 30670 IPOH PERAK

_________________________________________________________________________________





1.0     PENDAHULUAN
 (Pendahuluan mengenai lawatan yang ingin dibuat)
2.0  OBJEKTIF
(tujuan lawatan tersebut dibuat)
3.0   TEMPAT LAWATAN
(Lokasi lawatan dibuat) 
4.0  TARIKH DAN MASA LAWATAN
  
Tarikh                 :           
Hari                    :           
Masa bertolak   :          
5.0  PESERTA LAWATAN
Bilangan Pegawai Pengiring      :           10 orang
Bilangan Peserta                          :           50 orang 
5.1   Senarai Nama Pegawai Pengiring
BIL
NAMA
KAD PENGENALAN
1
2
3
5.2     Senarai Nama Peserta Lawatan
 (Selalunya senarai nama diletakkan didalam lampiran)
6.0  JAWATANKUASA PENGURUSAN LAWATAN

Penasihat                      : 
                 
Jawatankuasa pelaksana
Pengerusi                                 : 
Naib pengerusi                        : 
Setiausaha                               : 
Bendahari                                 : 
Ahli Jawatankuasa
AJK Makanan                           : 
AJK Peralatan                          : 
AJK Disiplin                              : 
AJK Kebajikan                         : 
7.0    SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
7.1  Sumber Kewangan:
           
BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
1


2


JUMLAH KESELURUHAN

7.2   Anggaran Perbelanjaan:
BIL
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
1



2



JUMLAH KESELURUHAN

8.0         TENTATIF PROGRAM LAWATAN
8.45      a.m.    : 
9.00    a.m.    : 
9.45      a.m.    : 
10.00 a.m.    : 
11.30  p.m.    : 
1.15p.m.         : 
2.00    p.m.    : 
10.0   PENUTUP
 (Harapan Kepada Kertas Kerja Ini Diusulkan)
Disediakan oleh,                                                      Disahkan oleh,
…………………………………….                           ..................................................
(En. NurAizuddin)                                                  (En. Abdul Rahman)
Pegawai,                                                               Pengarah.
Bahagian Sumber Manusia                                   Bahagian Sumber Manusia

                                             (Sumber : Mr Secretary)

Contoh Surat Rasmi





                                                                                                                  Rujukan Tuan      :
                                                                                                                                               
                                                                                                                  Rujukan Kami      : 
                                                   
                                                                                                                  Tarikh                     :  1 JANUARI 2012
                                                                                                                                                     9 SYABAN 1430


Pengarah Pusat,
Majlis Sukan Negara,
Jalan Jambu Batu 1/2A,
Seksyen 15,
40604 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

(u.p. En David Bekam)


Tuan,


Undangan Sebagai Penceramah
~ En Fazley Yaacob

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas dan surat tuan rujukan BLOG/SPOT/LIGHT/06 Jld. 15 (30) bertarikh 6 Disember 2012.

2.         Sehubungan itu,  pihak kami ingin menjemput En Fazley Yaacob menjadi penceramah bagi mengisi slot Kursus Memperkasakan Jiwa Raga Atlet Negara  yang akan diadakan pada 1 Februari 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

3.         Walau bagaimanapun,  pihak kami akan menanggung segala kos berkaitan tuntutan perjalanan, makanan dan tempat tinggal. Untuk makluman, Bayaran kepada penceramah akan dibuat didalam bentuk Cek dan ia akan diserahkan sebulan selepas ceramah.

Kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.


“BLOG MEDIA TERPANTAS”

Yang Menjalankan Tugas,



(NURAIZUDDIN.COM)
Pengarah Blog,
NurAizuddin.com

                                                                                              (Sumber : Mr Secretary )


 ___________________________________________________________________________________


                                                                                                                                                          Tarikh : 15 Januari 2013 

                                                                                                                                                                        
Y.Bhg Tan Sri Dr. Aizuddin
Ketua Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri
Kementerian Pelajaran
Aras 4, Bangunan Kesetiaan

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 Putrajaya  

Y.Bhg Tan Sri Dr. 
PERASMIAN BANGUNAN PELITA ILMU

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan Sekolah Sri Kembangan akan mengadakan Majlis Perasmian Bangunan Pelita Ilmu seperti butiran berikut:
Tarikh              :          15 Februari 2013
            Masa                :           10.00 pagi 
            Tempat            :           Sekolah Sri Kembangan
3.         Sehubungan itu, Sekolah Sri Kembangan dengan berbesar hati ingin menjemput Y.Bhg Tan Sri Dr. untuk merasmikan Bangunan Pelita Ilmu dan menyampaikan ucap utama yang bertajuk "Ilmu  Pelita Hidup" pada jam 10.00 pagi.   Aturcara majlis adalah seperti di lampiran.
Kerjasama Y.Bhg Tan Sri Dr. didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“PENDIDIKAN CEMERLANG GEMILANG LAGI TERBILANG”
Yang benar,
(ALIF BAHARIN MAHMUDAH)
Pengetua
Sekolah Sri Kembangan




                                                                                          (Sumber : Mr Secretary )




Wednesday 2 July 2014

I-THINK

Sumber Rujukan : Cikgu Hailmi.com

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.




Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.


iThink circle map peta bulatan


2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.


iThink bubble map peta Buih


3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu


iThink Double bubble map peta Buih Berganda


4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.


iThink Tree map peta Pokok


5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.


iThink brace map peta dakap


6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.


i-THINK Flow Map Peta Alir


7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.


i-THINK Multi flow Map Peta Pelbagai Alir


8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


i-THINK Bridge Map Peta Titi